Dakwa Bekas Isteri Hamil Anak Orang Lain, Penyanyi Tegar Septian Akui Tiada Bukti Kukuh

Selepas mendakwa kononnya anak hasil pernikahan dengan bekas isteri iaitu Sarah Sheilka bukan darah dagingnya sendiri, penyanyi Tegar Septian mengaku bahawa dia tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu.

Memetik laporan mStar, penyanyi yang terkenal dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu sebaliknya mendedahkan dia hanya mengikut naluri sendiri untuk membuat dakwaan bahawa anak dengan bekas isterinya bukan daripada benihnya.

Tegar turut mendakwa dia telah mendedahkan perkara itu ketika membuat siaran langsung di TikTok sebelum ini kerana desakan warganet.

Sumber: BH Online

“Itu hanya firasat saya sahaja. Saya tidak tahu bagaimana hendak jelaskan kerana terlalu peribadi. Saya ‘dipancing’ oleh warganet,” ujarnya.

Penyanyi itu membuat pendedahan berkenaan ketika tampil sebagai tetamu dalam sebuah program bual bicara di Indonesia.

Bekas peserta Big Stage 2022 itu juga terbuka untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mendapatkan kepastian sama ada Abidzar Oktaviano Putra Septian betul-betul darah dagingnya atau sebaliknya.

“Kalau mahu lakukan ujian DNA saya tidak ada masalah. Jika benar itu anak saya, Alhamdulillah. Saya hanya perlukan kepastian,” jelasnya.

Sumber: Instagram @tegar_official

Tegar dan Sarah mengikat tali perkahwinan pada Mac 2020 sebelum membawa haluan masing-masing pada Jun 2022.

Hasil daripada perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia tiga tahun.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca