Dakwa 1 Syawal Disambut 2 Mei, Balai Cerap Al-Khawarizmi Nafi Kenyataan Tersebut

Balai Cerap Al-Khawarizmi menafikan dakwaan tentang satu kenyataan kemungkinan 1 Syawal tahun ini disambut awal sehari dan bukannya 3 Mei seperti yang ditularkan semalam.

Berikutan dengan itu, balai berkenaan mengeluarkan satu kenyataan menerusi Facebook rasminya memaklumkan tangkap layar melalui kiriman WhatsApp itu adalah palsu.

Menurutnya, kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (Rukyah dan Hisab) yang mana Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443H di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia.

“Hasil keputusan Rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja – Raja pada malam 29 Ramadan 1443H dan keputusan kenampakan Hilal akan diumumkan pleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Tambahan pula, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan Rukyah pada 29 Ramadan 1443H diterima dan selesai dilakukan.

Terdahulu, tular kenyataan tangkap layar yang didakwa dikeluarkan pihak Balai Cerap Melaka meminta umat Islam bersedia untuk kemungkinan tarikh 1 Syawal tahun ini berubah kepada awal sehari daripada yang tertera di kalendar.

Keadaan ini kononnya berlaku disebabkan perkiraan syarat kenampakan Hilal Imkanurukyah tahun ini mengikut format baharu. 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca