Da’i Farhan Dakwa Bekas Isteri Ada Hubungan Dengan ‘Pengkid’, Ini Respons Nafsarah Maliki

Rakan baik kepada bekas isteri pertama pendakwah bebas Da’i Nik Farhan iaitu Nafsarah Maliki menafikan dakwaan yang dia sedang menjalinkan hubungan terlarang sebagaimana diperkatakan oleh pihak tertentu sebelum ini.

Menurut Nafsarah atau Ches Al-Maliki, dakwaan tersebut merupakan fitnah yang sengaja direka oleh pihak terbabit kerana mahu menjatuhkan dirinya selepas kemelut rumah tangga rakannya yang berlaku sebelum ini.

Jelas wanita itu sewaktu ditemu bual pihak media mStar, “Saya tahu sebelum ini pun dia pernah muat naik di media sosial mengenai perkara ini sehingga ada beberapa pengikut dia maklumkan kepada saya tentang hal tersebut.”

“Bagi saya, itu suatu fitnah yang sengaja dibuat, lebih-lebh lagi saya berasa aneh apabila dia telah memadam posting berkenaan. Saya nak komen apa pun jadi tak tahu.”

Sementara itu, Ches turut mempersoalkan bukti kukuh yang dimiliki oleh Nur Farhan sekiranya benar dia memang sedang menjalinkan hubungan songsang dengan Fatin.

Sejujurnya, wanita ini juga berasa tidak mengerti akan apa yang cuba dilakukan atau disampaikan oleh pihak terbabit.

Ulang wanita berkenaan sekali lagi, dia hanya menganggap dakwaan yang dilemparkan sebagai fitnah semata-mata.

Ketika disoal berkaitan kelantangannya bersuara mengenai isu yang melanda rumah tangga Nik Farhan dan Fatin, Ches menjelaskan bahawa dia berasa begitu marah setelah mengetahui dan mendengar permasalahan itu sejak awal.

Ini kerana, dia sudah mengenali watak Fatin yang pendiam dan tidak berani. Maka, sebagai rakan, dia rasa terpanggil untuk buat begini.

“Sejujurnya saya tiada masalah isu poligami, cuma yang buat saya marah adalah kerana dia yang menggunakan agama untuk menghalalkan perbuatan buruk dia.”

Kata Ches lagi, “Itu yang saya tentang sebenarnya. Sebab itu saya sering tegaskan mengenai penunggang agama.”

Menurut laporan mStar, isteri kedua Nik Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi ada memuat naik posting yang kelihatan seolah-olah menyindir Ches dan bekas madunya itu.

Apa-apa pun, semoga sahaja pergelutan yang melanda mereka semua dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai artikel yang menceritakan tentang isu rumah tangga Da’i Farhan, sila klik pada pautan di bawah:

Ditolak, Dicakar Dan Ditampar, Bekas Isteri Dai’ Farhan Bongkar Kisah ‘Penderaan’ Sebenar

Semakan Nama Di MMC Menunjukkan Tiada Rekod Ditemui? Isteri Da’i Farhan Didakwa Salah Guna Gelaran Doktor

Pergi Ke Makkah Dengan Calon Suami Lain, Dr. Erin Pulang Ke Malaysia Dengan Lelaki Lain (Da’i Farhan)

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca