Dahulunya Pusat Buangan Pesakit Kusta, Ini Kisah Di Sebalik Pulau Pangkor

Pada masa kini, Pulau Pangkor merupakan salah satu pulau yang terkenal di negara kita. Ia merupakan tempat pelancongan yang kerap dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara.

Pulau Pangkor juga merupakan sebuah pulau yang mempunyai 1,001 sejarah. Pulau Pangkor menjadi saksi peristiwa-peristiwa penting yang mengubah corak pemerintahan negeri Perak. Salah satu peristiwa terpenting yang pernah berlaku ialah terlerainya Perjanjian Pangkor.

Walau bagaimanapun, nama Pulau Pangkor pernah menjadi satu nama yang digeruni pada era pemerintahan British kerana pulau tersebut sering dikaitkan dengan istilah ‘buang ke Pangkor’. Istilah ini menjadi popular dan hangat diperkatakan oleh penduduk Perak pada zaman itu.

Kisahnya kerana pada waktu itu, pesakit yang mempunyai penyakit kusta diasing dan ditempatkan di Pulau Pangkor. Penyakit kusta merupakan penyakit kudis berjangkit yang bahaya. Oleh sebab itu, sesiapa sahaja yang menghidap penyakit itu akan diasingkan daripada orang yang sihat. Pulau menjadi tempat pilihan untuk mengasingkan pesakit Kusta daripada orang lain kerana kedudukannya yang jauh dari tempat ramai penduduk.

Pada waktu itu, penyakit kusta tidak boleh diubati. Oleh sebab itu, pesakit yang menghidap penyakit ini akan ditempatkan di suatu tempat yang asing dengan orang yang sihat untuk mengelakkan ia daripada terus merebak. Mereka yang menghidap penyakit kusta akan diletakkan di satu penempatan khas di Pulau Pangkor.

Walau bagaimanapun, pada era moden ini, penyakit kusta boleh dirawat menggunakan rawatan terapi. Pelbagai antibiotik dan ubat-ubatan telah berjaya dihasilkan selepas kajian daripada saintis dari seluruh dunia.

Pada hari ini, Pulau Pangkor telah berubah wajah. Ia sudah menjadi satu pulau tumpuan ramai dan menjadi salah satu aset pelancongan penting untuk negeri Perak. Pulau Pangkor sentiasa sibuk dengan aktiviti ekonomi dan juga pelancongan.

Dalam pada itu, Lejen Press ada terbitkan sebuah komik berkonsepkan travelogue yang berjudul Perak, Teman Datang! Ia juga datang dalam versi bahasa Inggeris iaitu Perak, Here I Come! Sekiranya anda berkunjung ke sana, bolehlah dapatkan komik ini dulu kerana terdapat pelbagai maklumat termasuklah tempat tinggal, tempat makan menarik dan tempat-tempat yang patut anda kunjungi di sana. Jadi, tunggu apa lagi?

Untuk baca artikel lain berkenaan pulau, anda bolek klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca