Dah Makan Banyak Tapi Kenapa Tak Gemuk?

Sering kita dengar rungutan gadis-gadis yang ingin naikkan berat badan dengan mengambil makanan yang banyak. Ada juga dalam kalangan mereka yang memberi cadangan supaya makan makanan yang berlemak kerana makanan berlemak ini dipercayai boleh menaikkan berat badan seseorang. Malangnya, usaha itu pun tidak menjadi sebaliknya boleh menyebabkan penyakit lain yang datang.

Ramai yang mengatakan bahawa mereka ini mempunyai metabolisme yang tinggi. Betul ke? Walaupun mereka makan banyak sampai tak ingat dunia pun berat badan mereka tetap tidak naik.

Ini adalah antara faktor lain yang kita sendiri tidak pernah ambil tahu mengapa berat badan tidak naik walaupun sudah banyak makan:

1. Lean muscle tissue

Semakin banyak otot yang anda miliki, semakin banyak kalori yang anda bakar walaupun sewaktu tidur kerana otot kita mengambil banyak kalori untuk terhasil. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) membuktikan anda boleh meningkatkan metabolisme anda sehingga 15% dengan membina lebih banyak otot.

Jadi, anda tidak perlu hairan sekiranya ramai dalam kalangan kawan anda yang banyak makan tetapi berat badan mereka tetap sama. Itu adalah kelebihan buat mereka yang tidak dimiliki oleh semua orang.

2. Sistem metabolisme yang sangat tinggi

Sistem metabolisme yang sangat tinggi ini membuat makanan lebih cepat dicerna dan membakar kalori lebih besar daripada metabolisme rata-rata, sehingga tidak menyebabkan adanya timbunan lemak di tubuh. Jadi, sebanyak mana pun seseorang itu makan, kalori mereka cepat diproses dan dibakar.

3. Tindak balas gula dalam darah berbeza bagi setiap individu

Setiap orang mempunyai tindak balas gula yang berbeza-beza pada makanan yang sama. Menurut National Geographic Indonesia, ahli sains telah menggunakan Indeks Glikemik (IG) untuk menentukan bagaimana makanan tertentu meningkatkan tahap gula dalam darah.

Ini bermakna semakin tinggi IG sesuatu makanan, semakin tinggi paras gula dalam darah setelah anda memakannya. Ini menyebabkan tubuh melepaskan insulin atau lebih dikenali sebagai hormon ‘penyimpanan lemak’.

Maka, tidak hairanlah kenapa ada individu yang makan banyak tetapi beratnya tetap maintain!

Penulis

  • Nurul Aufa Husni Binti Mohamed Yusoff adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca