Daging Mangsa Dimasak Bersama Pasta Dan Keju, Nekrofilia Ini Dihukum Penjara Seumur Hidup

Mangsa bernama Julie Paterson dikenali sebagai seorang yang sangat peramah sehingga disayangi oleh kenalan-kenalan rapatnya.

Abang kepada Julie iaitu Michael menyatakan bahawa adiknya merupakan seorang wanita yang periang. Bukan itu sahaja, Julie juga gemar menyertai pesta bersama-sama rakan-rakannya. Namun sejak kebelakangan itu, mangsa dikatakan mengalami kemurungan dan kadangkala menghilangkan diri untuk tinggal di rumah keluarga kandungnya.

Kekasih kepada Julie iaitu Alan tidak begitu risau selepas mendapati wanita itu tiada dalam kediamannya. Ini kerana dia menyangka Julie mungkin berkunjung ke rumah orang tua mereka.

Walau bagaimanapun, Julie tidak pulang ke runah selepas beberapa lama Alan menunggu. Dia yang berasa bimbang terus melaporkan kehilangan Julie kepada pihak berkuasa. Sepanjang siasatan dijalankan, pihak polis menemukan potongan mayat manusia yang dibuang berhampiran kawasan terbiar.

Lebih mengejutkan apabila potongan mayat berkenaan milik Julie sendiri. Hasil siasatan mendapati bahawa mangsa tidak bersama keluarga kandungnya sewaktu dilaporkan hilang oleh Alan.

Kronologi pembunuhan terungkai setelah siasatan mendapati mangsa keluar ke kelab malam sehingga mabuk bersama seorang lelaki bernama David Harkar. Selepas itu, lelaki berkenaan dikatakan memujuk dan membawa mangsa ke kediamannya untuk melakukan hubungan intim.

Bagaimanapun, David telah mencekik wanita berkenaan sehingga mati lalu merogol mayat mangsa. Setelah puas, pelaku dikatakan melapah dan memotong daging pada peha mangsa. Lebih mengerikan apabila daging tersebut dijadikan menu santapan oleh pelaku. Difahamkan bahawa David memasak daging Julie bersama-sama pasta, bawang putih dan keju.

Masakan itu kemudiannya dimakan oleh pelaku sendiri sebelum sisa-sisa potongan mayat disimpan di bawah lantai pangsapuri kediamannya. Sadisnya potongan mayat yang disimpan tidak terus dibiarkan begitu sahaja selama berminggu-minggu.

Ada ketika, David akan memotong lagi daging pada bahagian lengan, kaki dan kepala mangsa untuk dijadikan makanan. Setelah daging pada bahagian-bahagian tersebut habis digunakan, pelaku membuang sisa potongan mangsa di sebuah tempat yang disangkanya kawasan semak terbiar.

Pembunuhan itu seakan tidak memberi kesan kepada diri David sendiri, sebaliknya dia bangga menyatakan perbuatan jahatnya kepada rakan-rakan sekelilingnya. Pihak polis yang sedang menjejaki pelaku terus melakukan serbuan ke kediaman David.

Pelaku telah disabitkan bersalah atas jenayah membunuh dan diberi hukuman penjara seumur hidup. Sementara pencarian potongan mayat mangsa yang lain diteruskan oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, David yang kini sudah lebih 20 tahun menjalani hukuman di penjara tidak pernah memaklumkan kepada pihak polis berkenaan keberadaan potongan kepala mayat yang disorok olehnya.

Kisah pembunuhan kejam Julie Paterson ini secara tidak langsung mengingatkan penulis tentang sebuah buku yang bertajuk CINCANG: Dendam Terbalas. Novel terbitan Lejen Press ini merupakan karya yang dihasilkan oleh penulis Shield Sahran.

Novel ini mengisahkan tentang pembunuhan ngeri yang dibawakan oleh watak seorang perempuan psiko bernama Sari. Walaupun jalan cerita novel agak berbeza dengan kisah pembunuhan ini, pembunuh bersiri Sari dilihat mempunyai persamaan dengan pelaku kasus iaitu David Harker.

Persamaan watak jelas kelihatan apabila Sari dan David menggunakan daging mangsa sebagai bahan utama dalam sesuatu masakan untuk dijadikan menu santapan. Persoalannya, bagaimana Sari membunuh kesemua mangsa-mangsanya? Adakah perbuatan Sari akhirnya dihidu oleh masyarakat sekeliling?

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk terokai kisah pembunuhan ngeri Sari yang tragis ini!

Novel ini telah menerima 4 bintang daripada Goodreads dan kebanyakan tinggalan komen terhadap buku ini adalah positif. Untuk mengetahui cerita penuh dalam CINCANG: Dendam Terbalas, anda boleh dapatkan buku ini menerusi laman web www.lejen.my dan juga di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca