Seorang anak Malaysia telah mengharumkan nama negara dengan dinobatkan sebagai mahasiswa terbaik keseluruhan jurusannya di Sungkyunkwan University, Korea Selatan. Afif Aziz, atau lebih mesra dengan panggilan Flip, ialah seorang pelajar dalam jurusan Advanced Materials Science and Engineering di universiti ternama tersebut.
Dalam bebenang yang dikongsi di akaun Twitternya (@afiforflip), Flip dikatakan menjadi pelajar Malaysia pertama yang berjaya bergraduasi awal.

Untuk pengetahuan anda, Sungkyunkwan University (SKKU) adalah sebuah universiti penyelidikan komprehensif tersohor di Korea Selatan. SKKU ditubuhkan pada tahun 1398 semasa Dinasti Joseon – menjadikannya antara institusi pendidikan tertua di Korea Selatan. (Kalau anda peminat K-Drama, anda pasti pernah menonton Sungkyunkwan Scandal yang berkisarkan tentang kehidupan pelajar di Sungkyunkwan.)
Sebagai salah sebuah universiti premier di Korea Selatan, SKKU tetap mengekalkan reputasinya baik di dalam mahupun luar negara.

Setelah dilihat akan latar belakang SKKU ini, ternyata bukan calang-calang orang yang boleh diterima masuk ke universiti tersebut, apatah lagi menjadi salah seorang pelajar terbaik di sana. Maknanya, Flip telah berjaya mengalahkan semua pelajar-pelajar hebat lain yang menuntut di SKKU! Daebak!

Rahsia Di Sebalik Pencapaian Luar Biasa Flip
Kata Flip di dalam bebenang yang dikongsikannya, “Kawan-kawan juga adalah antara faktor utama yang mampu untuk memupuk semangat belajar dan berdaya saing.”
Ini adalah di antara tips-tips kejayaan Flip yang telah diringkaskan daripada video yang dikongsikan di akaun Facebook Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK). Kata Flip, rakannya, Hani Ihsanuddin telah meringkaskan tips-tips yang dikongsi olehnya untuk perkongsian bersama.
1. There is no secret to success. What Malaysian students lacked of: Focus Control and Determination in study. IQ is not everything.
2. Observation on Korea Study Plan
- 2 subjects/day (Subjects A, B, C, D)
- Mon (A, B) / Tue (C, D) / Wed (A, B) / Thu (C, D)
- 4 Study Sessions
- Notes: Lecture Notes > Self Notes
- Focus (Know your own learning style)
- Group Study (Questions and Answers) – Not lecture
- Test Yourself – Memorisation by repetition
Pesanan Flip:

“Don’t just fight for your seat at the table, but, fight for a seat at the head of the table.” – Flip

Semoga Flip terus menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana. Selamat maju jaya, Flip! 잘봐요!
Sumber: @afiforflip, Nature Index, Top Universities, Asian Wiki
Foto Di Paparan Utama: @afiforflip