Dada Tertusuk Serpihan Meja Kaca, Kanak-Kanak Ini Meninggal Dunia

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir selepas dadanya tertusuk serpihan kaca di Kampung Bukit Changggang di Banting, Selangor.

Memetik laporan Kosmo, insiden yang membabitkan kanak-kanak lelaki itu berlaku kira-kira jam empat petang di rumahnya.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Banting.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: Love to Know

Ketua Polis Daerah Kuala Langat iaitu Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berusia tujuh tahun sedang bermain seorang diri pada waktu kejadian dan ibu bapanya turut berada di rumah ketika itu.

Berdasarkan keterangan daripada ibu dan bapa mangsa, kanak-kanak itu dikatakan melompat di atas sofa rumahnya.

Selepas itu, mangsa dikatakan terjatuh di atas meja kaca yang berada di hadapan sofa.

“Ini mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca dan telah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting.

Mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di hospital tersebut,” kata Ridhwan.

Dalam pada itu, Ridhwan turut berkata pihak polis juga akan bedah siasat jenazah mangsa untuk mengetahui punca sebenar mangsa meninggal dunia.

Untuk pengetahuan anda, kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca