Cuti Sudah Habis, BTS Kini Kembali Gegarkan Industri Muzik

Selepas hampir sebulan berehat daripada industri muzik, kumpulan ikonik K-Pop, Beyond The Scene atau lebih dikenali sebagai BTS kini bersedia untuk kembali menemui peminat-peminat mereka yang terkenal dengan julukan BTS Army.

Kumpulan penyanyi dan penari lelaki itu sebelum ini membuat keputusan untuk berehat setelah tujuh tahun berusaha keras menggapai impian mereka sejak 2013.

Menurut laporan media antarabangsa, pengumuman berkenaan berakhirnya percutian kumpulan yang dianggotai oleh Jungkook, RM, Suga, V, Jimin, Jin dan J-Hope itu diumumkan sendiri oleh syarikat Big Hit Entertaiment yang menguruskan kerjaya seni mereka.

Difahamkan, BTS yang cukup terkenal dengan lagu DNA, Idol dan Mic Drop akan menyambung konsert jelajah mereka iaitu Love Yourself: Speak Yourself bertempat di Stadium King Fahd International, Arab Saudi pada 11 Oktober ini.

Pada 26, 27 dan 29 Oktober pula, BTS bakal menjayakan konsert di Stadium Olimpik Seoul, Korea Selatan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca