Curi Tangan Manusia Dari Tempat Simpan Jasad, Wanita Ini Pengsan Lepas Lihat ‘Hidangan’ Makan Malam

Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa India di kediamannya selepas didapati membawa pulang tangan manusia yang dicuri dari tempat penyimpanan jasad sebelum dikebumikan.

Lebih mengerikan, suspek yang dikenal pasti sebagai Sanjay itu turut meminta isterinya untuk memasak tangan berkenaan sebagai santapan makan malam.

Menurut laporan, isteri tertuduh kemudiannya pengsan selepas terkejut melihat suaminya sendiri sedang memasak ‘hidangan’ terbabit.

Sejurus tersedar, wanita yang jelas ketakutan itu segera keluar dari rumah dan mengunci suaminya di dalam sebelum menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan bantuan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai polis, RC Sharma, hasil siasatan lanjut di rumah tertuduh yang beralamat di kampung Tikkopur, Uttar Pradesh, pihaknya turut menemui bukti lain yang mencurigakan iaitu cebisan daging manusia.

“Wujud prima facie apabila dia (suspek) membawa cebisan badan berkenaan daripada tempat simpanannya yang terletak di Ganga.” katanya.

Difahamkan, siasatan bagi kes itu masih berjalan dan maklumat awal mendapati tertuduh berada di bawah pengaruh alkohol selain turut mempunyai masalah mental.

Sebelum ini, tertuduh dilaporkan pernah menyerang bapa kandungnya beberapa hari sebelum membawa pulang tangan manusia ke rumahnya.

Sanjay kini ditahan reman manakala isterinya pula masih lagi terkejut dengan kejadian berkenaan dan enggan menjejakkan kaki ke kediamannya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan jenayah ngeri, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca