Curang Punya Pasal, Alat Sulit Lelaki Ini Digunting Hingga Putus Dan Direndam Dalam Larutan Asid

Gara-gara ‘kantoi’ curang, seorang lelaki terpaksa menanggung penderitaan seumur hidup selepas keseluruhan alat sulitnya digunting bekas isteri hingga putus.

Wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Lee dipercayai nekad berbuat demikian sebaik sahaja mendapat tahu yang bekas suaminya itu curang dengan wanita lain ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Dalam insiden yang berlaku di Hukou, Taiwan pada Rabu, tindakan kejam itu sebenarnya sudah dirancang di mana Lee berpura-pura mengajak bekas suaminya iaitu Chen ke rumahnya untuk berasmara.

Sewaktu Chen yang berusia 56 tahun itu melurutkan seluarnya, Lee terus bertindak mengerat kemaluan lelaki itu dengan menggunakan gunting. Dia kemudiannya merendam alat sulit tersebut di dalam larutan asid sebelum membuangnya ke dalam tandas.

Chen yang kesakitan serta ketakutan ketika itu berjaya melarikan diri ke dalam bilik air dan mengunci pintu sebelum menghubungi pihak polis.

Tidak lama selepas itu, pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian. Lee ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia dipercayai cuba untuk membunuh diri dengan mengambil ubat tidur melebihi dos.

Kedua-duanya segera dikejarkan ke hospital, namun doktor yang merawat Chen mengatakan bahawa kemungkinan besar alat sulit lelaki itu tidak dapat disambung semula kerana jangkitan kuman.

Untuk rekod, bekas suami isteri itu bercerai sebulan yang lepas. Difahamkan, Chen masih disara oleh Lee memandangkan dia tidak bekerja.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca