Cuma Perlu Berdiri Depan Mesin, Pengguna Di China Kini Boleh Bayar Barang Guna Wajah

Penggunaan konsep nirtunai atau kita sering sebut sebagai cashless semakin popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia terutama sekali dengan kewujudan kad caj dan juga e-Wallet.

Namun begitu, lain pula di China apabila mereka tidak memerlukan semua itu memandangkan kaedah imbasan wajah semakin diterima secara meluas di negara tersebut. Jadi, pengguna di China cuma perlu menggunakan wajah mereka untuk membuat bayaran.

Kemudahan bayaran menerusi telefon bimbit di China merupakan antara yang tercanggih di dunia, tetapi sistem baharu yang diperkenalkan itu cuma memerlukan pengecaman wajah. Ia sekali gus menjadikan kaedah bayaran menerusi kod QR seolah-olah sudah lapuk.

Dengan sistem baharu ini, para pengguna hanya perlu menunjukkan wajah di hadapan mesin ‘point-of-sale’ (POS) setiap kali ingin membuat bayaran. Mesin tersebut dilengkapi dengan kamera dan dihubungkan dengan sistem pembayaran digital atau akaun bank pengguna.

Menurut Ketua Pegawai Maklumat Wedome Bakery iaitu Bo Hu yang menggunakan teknologi pengecaman wajah di ratusan kedai, dia tidak perlu membawa telefon bimbit dan boleh membeli-belah tanpa perlu membawa apa-apa.

Perisian itu kebiasaannya digunakan bagi memeriksa kerakyatan. Ia selalu digunakan untuk mengecam ‘jaywalkers’ (pejalan kaki yang melanggar lampu isyarat) dan menangkap penjenayah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca