Cukai Terhadap Minuman Bergula Bantu Kerajaan Kurangkan Kos Perubatan

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) iaitu Datuk Abdul Aziz Abu Bakar mengatakan pelaksanaan cukai terhadap minuman bergula dapat membantu kerajaan untuk mengurangkan kos perubatan berikutan pengambilan gula yang berlebihan dalam kalangan rakyat.

Duti eksais akan dikenakan ke atas rokok, arak dan sebagainya bagi mengelak rakyat daripada menghidapi pelbagai masalah kesihatan.

“Kerajaan tidak akan mendapat banyak hasil daripada pengeluar kerana mana-mana negara yang memperkenalkan cukai soda, pengeluar akan menukar produk mereka supaya dapat menghasilkan produk yang dapat mengelak daripada membayar cukai gula”.

“Rakyat perlu faham, mereka (kerajaan) telah menimbang tara dan kerajaan sudah memberi banyak masa kepada komuniti perniagaan untuk menyesuaikan diri dan mengambil peluang untuk menyusun strategi dari segi produk dan cara pengeluaran”.

“Cukai gula ini memberi kesan positif dari segi kos perubatan yang bermakna kita akan membentuk masyarakat yang mengambil berat mengenai pengambilan gula,” jelasnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca