Cubaan Potong Barisan Tidak Berjaya, Pemandu Myvi Ini Kena Bahan Dengan Warganet

Setiap kali tibanya musim perayaan, keadaan lalu lintas lebuh raya atau jalan kampung pastinya sangat sesak dengan kenderaan yang balik beraya dari satu tempat ke tempat lain.

Seorang pemandu Perodua Myvi berwarna kelabu baru-baru ini menerima ‘pengajaran’ paling bermakna dalam hidup apabila keretanya yang terkenal dengan julukan King of the Road atau King of Highway ini terjatuh dan tersangkut di bahagian tebing sebuah selekoh jalan.

Pemandu dipercayai cuba potong barisan

Sumber: The Vocket

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, insiden yang dipercayai berlaku di Setiu, Terengganu itu berlaku selepas pemandu kereta ikonik tempatan berkenaan didakwa cuba memotong barisan panjang di laluan terbabit.

Sekiranya anda menonton video tersebut, pemandu Perodua Myvi itu dipercayai cuba mengambil jalan pintas memandangkan keadaan lalu lintas untuk masuk ke simpang jalan raya itu agak sibuk.

Walau bagaimanapun, tindakannya itu telah memakan diri sendiri kerana kenderaan yang dipandunya itu tersangkut di bahagian semak di tepi jalan.

Anda juga boleh melihat pemandu itu ‘berusaha keras’ untuk bergerak ke hadapan dan belakang untuk mengeluarkan separuh badan keretanya yang tersangkut tetapi masih tidak berjaya keluar dari kawasan rumput berkenaan.

@m.a7annnn

king problem 🤣 orang lain boleh je ikut que . part 2 menyusul 🤣 #myvi #fyp #setiuterengganu #fypage

♬ Stars – Radio Edit – Ahzee

Bampar hadapan kereta tercabut

Sumber: TikTok @m.a7annnn

Apabila individu yang merakam video berkenaan telah melepasi kereta Myvi itu, kereta berkenaan dilihat mengalami kerosakan di bahagian bampar hadapan dan ia kelihatan seperti sudah mahu tercabut.

Walaupun keretanya sudah teruk seperti itu, tiada kereta lain yang dilihat berhenti untuk memberikan bantuan.

@m.a7annnn

Replying to @Jalud_86 @ RHM ok ok bang saya dah post , abg boleh sambung jemur baju panas panas ni 🤣🤣🤣 part 3 menyusul lagi ni haha

♬ Mara Bahaya – Pop Shuvit

Apa pendapat anda selepas menonton kedua-dua video di atas?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca