Cuba Sembunyi Duit Dari Isteri, Kantoi Setelah Dimakan Tikus

Seorang lelaki dari Thailand yang dipercayai menyembunyikan wang dari isterinya di dalam kereta akhirnya kantoi setelah wang yang disembunyikan itu dimakan tikus.

Lelaki tersebut memutuskan untuk menyembunyikan wang simpanannya yang sebanyak 45,000 Baht iaitu kira-kira RM5,627.02.

Walaupun si isteri tidak dapat menghidu tindakan suaminya itu, ternyata rahsia lelaki itu akhirnya terbongkar juga.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok oleh pemilik akaun bernama @dyfo6zku7dh6, si suami dikatakan telah menyembunyikan wangnya di bahagian bonet hadapan kenderaannya yang bersambung dengan bahagian papan pemuka.

Malangnya, lelaki ini dilaporkan telah kehilangan sebahagian besar wang yang disembunyikan itu iaitu sekitar 35,000 Baht, kira-kira RM4379.20.

Lebih malang lagi, tikus-tikus tersebut juga telah menyebabkan kerosakan kepada kenderaan lelaki itu.

Para warganet yang telah melihat video TikTok tersebut turut bersimpati dengan nasib malang lelaki berkenaan.

Namun demikian, ada di antara mereka yang mencadangkan supaya lelaki itu segera menukarkan wang yang telah rosak tersebut di Bank of Thailand.

Menurut mereka, pertukaran wang masih boleh dilakukan sekiranya syarat-syarat dipenuhi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca