Cuba Jual Barangan Digunakan Lisa BlackPink, Pemilik Kafe Ini Dikecam Warganet

Pemilik sebuah kafe di Thailand terima kecaman hebat warganet selepas dikhabarkan cuba untuk menjual pelbagai barangan yang digunakan oleh Lisa daripada BlackPink di kafe tersebut.

Astro Awani melaporkan bahawa insiden itu berlaku selepas ahli termuda kumpulan K-Pop terkenal itu berada di kafe berkenaan untuk sesi fotografi.

Pemilik itu dikatakan memuat naik beberapa keping gambar di laman Facebook yang mendedahkan bahawa dia telah menerima tawaran lebih daripada 100,000 Baht (RM13,584) untuk menjual sofa yang digunakan oleh Lisa.

Tidak berhenti di situ, dia turut meminta orang ramai untuk membuat tawaran tertinggi untuk menjadi tuan baharu kepada pelbagai barangan di kafenya.

View this post on Instagram

A post shared by LISA (@lalalalisa_m) on

Namun, apa yang lebih menjijikkan ialah beberapa warganet turut meninggalkan komen tidak menyenangkan apabila membuat tawaran untuk membeli pelapik tandas yang digunakan penyanyi idola berkenaan.

Tidak kurang juga individu yang tanpa segan silu berkata bahawa mereka mahu membeli sebuah meja di kafe berkenaan supaya mereka boleh menghidu bau penyanyi yang terkenal dengan lagu Kill This Love.

Dalam pada itu, pemilik kafe itu telah membuat permohonan maaf kepada peminat BlackPink atau lebih dikenali sebagai Blinks namun tidak kepada Lisa.

Peminat turut menggesa YG Entertainment iaitu pihak pengurusan Lisa supaya bertegas dan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara yang mampu mencalarkan imej penyanyi tersebut.

Sekiranya anda mahu membaca lebih banyak artikel mengenai BlackPink, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca