Cuba Jalani Hidup Sebagai Pemandu E-Hailing Selama 4 Jam, Nazir Razak Dapat RM67

Tokoh perbankan Malaysia, Dato’ Sri Nazir Razak meluangkan masa selama satu hari baru-baru ini untuk cuba jalani hidup sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing terbaharu yang baru sahaja dilancarkan pada bulan lalu iaitu airasia ride.

Nazir memulakan misinya untuk cuba memandu seberapa ramai penumpang yang boleh dalam tempoh masa empat jam bertugas sebagai pemandu airasia ride pada 31 Ogos lalu.

Sumber: The Vocket

Menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube airasia Super App, Nazir meluangkan masa bersama-sama rakyat Malaysia untuk berbual tentang pelbagai perkara. Antara perkara yang beliau kongsikan adalah tentang kemerdekaan, Malaysia, tips kewangan dan mengimbau kembali impian bapanya iaitu Tun Abdul Razak Hussein untuk negara kita serta situasi semasa.

Bukan itu sahaja, Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd iaitu Datuk Kamarudin Meranun turut dapat merasai pengalaman dipandu oleh Nazir dalam perjalanan beliau ke rumah.

Nazir turut berkongsi bahawa pengalamannya bertugas sebagai seorang pemandu airasia ride pada Hari Kebangsaan adalah sesuatu yang amat menyeronokkan.

“Pemanduan selama empat jam membolehkan saya memperoleh RM67 (tanpa tips). Jika bekerja sepenuh masa, saya mungkin dapat memperoleh pendapatan antara RM200 dan RM250 sehari.

Saya juga berasa teruja untuk bertemu dengan ramai penumpang dan berbual bersama mereka. Jika saya mempunyai masa lapang, saya pasti akan meminta Tan Sri Tony Fernandes untuk membenarkan saya memandu lagi supaya dapat rasa pengalaman meraih pendapatan dan tips untuk perkhidmatan terbaik selain menikmati perbualan menarik,” ujarnya.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca