Cuba Elak ‘Dipeluk’ Maskot, Suami Terkejut Dapat Tahu Isteri Dalam Kostum

Siapa sahaja yang tidak seronok bila dapat kejutan daripada orang tersayang? Kejutan selalunya dibuat bagi meraikan hari jadi keluarga mahupun rakan-rakan.

Ada yang menggunakan perancang perkhidmatan hadiah dan ada juga hingga memakai baju kostum Minnie Mouse seperti seorang isteri ini dalam satu video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok, @D_Mass.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok apabila seorang lelaki menerima kejutan oleh seorang maskot dan ia berjaya mencuit hati warganet.

Sumber: TikTok

Menerusi video tersebut, maskot yang mengenakan pakaian kostum Minnie Mouse itu menghulurkan jambangan bunga duit dan belon kepada lelaki berkenaan.

Maskot tersebut terus menunjukkan reaksi seperti mahu peluk terhadap lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah.

Namun, lelaki berkenaan mengelak daripada dipeluk maskot itu memandangkan beliau tidak tahu siapa yang berada di sebalik kostum terbabit. Tidak lama kemudian, maskot itu pun membuka kepala kostum dan beliau terkejut melihatkan Minnie Mouse itu rupa-rupanya isterinya.

Video tersebut berjaya meraih sebanyak 5910 tanda suka dan 341 komen. Rata-rata warganet terharu melihatkan gelagat pasangan tersebut.

Sumber: TikTok

Ada juga yang kagum bahawa si suami seorang yang setia atas tindakannya itu dan turut mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Sumber: TikTok

Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca