Jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur atas kejayaan muzik video Cuba Bahagia di YouTube. Beliau juga turut berterima kasih kepada peminat tegar kerana menyokong single tersebut.
Lagu tersebut mencapai tontonan sebanyak satu juta serta menjadi trending dalam masa tiga hari.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Cuba Bahagia telah dilancarkan pada Jumaat lalu mencipta kejutan apabila mencapai jumlah dislike yang banyak dalam masa hanya beberapa jam. Selain itu, pelbagai kritikan pedas dilemparkan oleh warganet terhadap lagu tersebut. Menurut beliau di laman Instagram, pihak radio dan stesen tv tidak memberi sokongan terhadap single itu.

Datuk Seri Aliff Syukri memberikan cabaran kepada para peminat tegar untuk membuat video parodi Cuba Bahagia.
Sebelum ini, beliau telah menghadapi pelbagai masalah seperti isu Ali Puteh serta mendera anak angkat sendiri.
Untuk membaca artikel lain berkaitan Datuk Seri Aliff Syukri, sila klik pada pautan di bawah: