Cuaca Panas Penyebab Bibir Kering? Ini Adalah Cara Mengatasinya

Memiliki bibir yang sihat, cantik dan menawan persis pelakon wanita popular kelahiran Amerika Syarikat, Angelina Jolie merupakan idaman semua wanita. Namun cuaca panas di Malaysia boleh menjadi halangan untuk memilikinya. Masalah bibir kering atau merekah menjadi mimpi ngeri kepada wanita. Ditambah pula dengan penjagaan bibir yang salah akan lebih memburukkan keadaan.

Berikut adalah tips bagaimana untuk mendapatkan bibir idaman anda dan boleh dilakukan dengan langkah yang sangat mudah.

1. Minum air secukupnya

Pengambilan air yang cukup dapat memastikan tubuh kekal hidrasi dan sihat. Mengikut kajian, paling minimum ialah 8 gelas cawan sehari. Selain boleh mendapatkan bibir yang diidamkan, air juga membantu menaikkan seri wajah dan juga memastikan tubuh kekal berfungsi pada tahap optimum.

Namun pastikan air yang diminum ialah air kosong, bukannya air manis dan berkarbonat. Risau penyakit lain pula yang akan singgah.

2. Elakkan pelembab bibir yang beperisa

Sesetengah orang mempunyai tabiat melembapkan bibir menggunakan air liur apabila mengalami masalah bibir kering atau luka. Cara ini boleh memburukkan lagi keadaan bibir. Apabila menggunakan pelembap yang berperisa, tabiat anda untuk menjilat bibir akan lebih bertambah ekstrem. Jadi hentikan penggunaan pelembap bibir yang mempunyai perisa.

3. Skrub bibir

Untuk memiliki bibir yang cantik perlulah menjaganya seperti anda menjaga kulit wajah. Jika bibir tidaklah begitu kering, rutin skrub dapat membantu untuk membuang sel kulit mati pada bibir. Dengan ini, pelembap atau lipstick yang dipakai pada bibir akan kelihatan lebih menyerlah dan cantik.

Namun pastikan guna skrub yang khas untuk bibir dan tidak secara berlebihan. Cukup sekadar dua hingga tiga kali seminggu. Namun, jika anda tidak mempunyai bajet yang lebih untuk membeli skrub bibir, berus gigi boleh dijadikan alat skrub untuk anda memiliki bibir menawan yang diinginkan.

4. Lip mask

Penggunaan lip mask dapat membantu menambah hidrasi selain mampu mengekalkan kelembapan pada bibir. Anda dapat merasakan bibir akan menjadi lebih lembut dan plump.

Jangan risau tentang harganya kerana kebanyakan lip mask yang ditawarkan dijual dengan harga yang mampu milik.

Penulis:

  • Muhammad Aris Iskandar Bin Tajul Ariffin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan tips, boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca