Cuaca Panas Mengganggu Tidur Anda? Ini 7 Cara Mudah Untuk Sejukkan Kediaman Tanpa Perlu Pasang Pendingin Hawa

Malaysia dan cuaca panas memang tidak dapat berpisah. Kadang-kadang, aktiviti harian pun terganggu gara-gara cuaca yang terlampau panas. Malah, tidur juga kadangkala terganggu kerana cuaca yang panas itu membuatkan suasana rumah menjadi bahang.

Bagi mereka yang tinggal di rumah yang dilengkapi dengan pendingin hawa, mungkin cuaca panas ini tidak merunsingkan anda. Pasang sahaja pendingin hawa, terus masuk ke alam mimpi. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak berkemampuan untuk pasang pendingin hawa?

Jangan risau. Kali ini, kami kongsikan 7 cara untuk sejukkan kediaman anda tanpa perlu pasang pendingin hawa:

1. Letak besen yang dipenuhi air di dalam bilik

Bunyinya memang agak pelik tetapi ia betul-betul berkesan. Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa bilik air selalunya sejuk walaupun cuaca di luar sangat panas? Jawapannya adalah kewujudan bekas air di samping lantainya yang sering dibasahi dengan air menjadikan ruang itu lebih sejuk. Hal ini demikian kerana segala wap panas yang ada telah terserap ke dalam air.

Untuk mendapatkan kesan yang optimum, pastikan anda guna besen yang besar dan mempunyai permukaan yang luas. Lagi besar, lagi bagus!

2. Elakkan guna lampu yang memancarkan haba

Anda boleh bertukar kepada ‘fluorescent bulb’ kerana lampu jenis ini sebenarnya menyumbang kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulb’. Perbezaannya cuma fluorescent bulb tidak mengeluarkan haba yang terlalu banyak jika dibandingkan dengan incandescent bulb. Malah, ia juga menjimatkan elektrik. Sambil sejukkan kediaman, anda boleh berjimat! Orang putih cakap, killing two birds with one stone.

3. Tanam pokok ekor kucing di dalam rumah

Tanaman juga mampu menyejukkan kediaman anda di samping menjadikannya kelihatan lebih menarik. Antara pokok hiasan yang sesuai untuk ditanam di dalam rumah termasuklah ekor kucing, pokok palma dan banyak lagi.

4. Cat dinding rumah dengan warna cerah yang boleh memantulkan cahaya dan haba

Dengan mengecat dinding rumah menggunakan warna yang cerah seperti putih, biru cair dan sebagainya, ia secara tidak langsung akan membantu menyejukkan suasana di kediaman anda. Hal ini demikian kerana warna-warna sebegini boleh memantulkan semula cahaya. Malah, ia juga akan menjadikan ruang kelihatan lebih luas.

5. Pasang jaring kelambu besi dan biarkan tingkap terbuka pada waktu malam

Bercakap daripada segi ilmu Sains, udara panas akan mengewap pada waktu malam. Dengan membuka tingkap pada malam hari, ia akan membantu untuk membebaskan udara panas. Namun begitu, kaedah ini akan mengundang nyamuk ke dalam rumah anda. Bagi mengatasinya, anda boleh memasang kelambu besi.

6. Gunakan papan fiber untuk siling rumah

Anda boleh gunakan fiber cement board untuk siling rumah. Ia bukan sahaja lebih murah malah ia juga senang untuk diperoleh. Dengan mengalaskan ruang dalaman menggunakan fiberwool insulation juga dapat menyejukkan lagi kediaman anda.

Ramai yang terpedaya dan menukar siling rumah kepada siling kumai yang jauh lebih mahal selain menjadikan ruang dalaman kelihatan lebih rendah. Siling baru seeloknya dipasang mengikut bentuk bumbung agar pasak kayu bumbung dapat dilihat. Ruang dalaman kediaman anda juga akan menjadi lebih sejuk dengan kewujudan siling yang tinggi.

7. Pemasangan awning

Dinding yang terdedah kepada matahari merupakan salah satu punca rumah menjadi panas. Bagi mengurangkan bahang pada waktu siang, anda boleh pasang awning bagi mengelakkan dinding rumah menjadi panas.

Anda juga boleh menggunakan cara lain iaitu dengan menanam pokok di sekeliling rumah. Ini akan menjadikan kawasan itu lebih redup.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca