Cuaca Panas Diramal Akan Berterusan Sehingga Bulan September

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), mereka meramalkan fenomena cuaca panas yang sedang melanda Malaysia ketika ini akan berlanjutan sehingga bulan hadapan.

Dr. Mohd Hisham Mohd Hanip iaitu Pengarah Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional NetMalaysia berkata bahawa cuaca panas itu berlaku sejak hujung bulan lepas akibat kurangnya kadar taburan hujan dan litupan awan.

Menurutnya, kekurangan hujan dan litupan awan yang berlaku adalah dipengaruhi oleh tiupan monsun barat daya.

“Keadaan ini mengakibatkan suhu di kebanyakan tempat yang direkodkan antara 33 hingga 34 darjah celsius, bagaimanapun suhu berkenaan tidaklah begitu tinggi.

“Cuaca panas ini dijangka berakhir pada pertengahan bulan depan apabila berakhirnya monsun barat daya dan kadar taburan hujan kembali normal,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa kekurangan taburan hujan yang berlaku mungkin dipengaruhi oleh faktor kadar hujan yang turun lebih banyak daripada biasa yang direkodkan pada Jun dan Julai lalu.

Walau bagaimanapun, beliau berkata bahawa suhu panas itu hanya akan berlaku di Semenanjung Malaysia tetapi tidak berlaku di Sabah dan Sarawak.

Dr. Mohd Hisham juga turut menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan langkah pencegahan kendiri selain menghabiskan lebih banyak waktu di rumah.

“Biasanya bila suhu panas begini, masalah kualiti udara yang kurang boleh berlaku kerana tidak ada hujan. Jadi elakkan daripada melakukan pembakaran terbuka. Kurangkan masa berada di luar rumah,” katanya.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca