Cryonic, Teknik Pembekuan Mayat Yang Boleh Dihidupkan Semula

Cryonic ialah teknik pembekuan mayat yang boleh dihidupkan semula suatu hari nanti. Proses ini akan mengeluarkan darah secara buatan dan memberi peredaran pernafasan melalui peti khas.

Selain itu, ubat-ubatan turut diberikan untuk melindungi otak daripada kekurangan oksigen supaya otak kekal hidup sepanjang proses tersebut.

Robert Ettinger merupakan pesakit ke 106 yang telah meninggal dunia pada usia 92 tahun telah memanfaatkan teknik ini. Kemudian, mayatnya itu segera dibekukan dengan lapisan ais dan nitrogen cair selama beberapa minit.

Selepas itu, mayat Robert dimasukkan ke dalam peti khas yang dipanggil cryostat untuk mengekalkan suhu badannya di bawah paras sejuk. Ia dilakukan supaya sel-sel badannya tidak mati dan mungkin mayatnya boleh dihidupkan semula jika menggunakan teknik tersebut.

Robert Ettinger merupakan seorang saintis Amerika dan juga seorang veteran Perang Dunia II yang telah menemukan teknik tersebut. Oleh itu, beliau telah mengasaskan sebuah yayasan yang dinamakan Cryonic Institute pada tahun 1976. Pada mulanya, Robert hanya mempunyai pelanggan yang sedikit namun pada tahun 2000 pelanggannya sudah mencapai seramai 900 orang.

Tidak semua pelanggan yang ingin mengawet mayat mereka sendiri jika suatu hari nanti mereka sudah meninggal dunia. Namun hanya beberapa pelanggan sahaja yang ingin mengawet DNA atau organ tertentu.

Bahkan, ada juga pelanggannya yang mahu mengawet haiwan peliharaan mereka terutama anjing dan kucing supaya ia hidup lebih lama. Cryonic Institute didapati telah membekukan 64 mayat haiwan peliharaan termasuk anjing, kucing, burung dan hamster.

Tubuh pertama yang dibekukan dengan menggunakan teknik ini ialah ibunya iaitu Rhea Ettinger yang meninggal pada tahun 1977. Tubuh kedua ialah isterinya sendiri iaitu Elaine manakala isteri keduanya iaitu Mae Ettinger yang telah menjadi pesakit ke 34 dibekukan dengan cryonic.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca