COVID-19: WHO Gesa Negara Tingkatkan Kempen Derma Darah

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menggesa seluruh negara melabur dalam pembangunan infrastruktur dan kempen kesedaran awam bagi meningkatkan bilangan penderma darah dalam usaha membendung pandemik COVID-19.

Pengarah WHO Afrika, Matshidiso Moeti, berkata kerajaan seharusnya mengeluarkan insentif untuk menggalakkan program derma darah bagi mengelakkan sebarang situasi kurang bekalan darah ketika menghadapi COVID-19.

“Sepanjang tempoh memerangi COVID-19, bekalan darah berada dalam keadaan berisiko. Pendermaan ditangguhkan kerana mereka berada di rumah dan takut dijangkiti,” katanya menurut laporan agensi berita Xinhua.

Moeti juga berkata, akibat wabak itu, gangguan bekalan termasuk alat yang digunakan dalam program derma serta pemindahan darah di peringkat global turut terjejas.

Katanya, penggunaan plasma darah daripada bekas pesakit COVID-19 yang sudah pulih juga menunjukkan keperluan bagi setiap negara memiliki bekalan darah mencukupi.

Beliau turut memuji usaha negara Afrika untuk meningkatkan pendermaan darah melalui plasma darah bagi rawatan COVID-19.

“Di Mauritius, seramai 150 orang sembuh daripada COVID-19 apabila mereka bersetuju menderma plasma darah setelah kerajaan memutuskan penggunaan terapi serum itu untuk merawat pesakit di wad penjagaan rapi,” katanya.

Tambahnya, pandemik itu memperlihatkan negara Afrika meningkatkan perkhidmatan program derma darah kebangsaan dengan memastikan setiap darah yang diambil diproses dan disimpan di tempat selamat.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan WHO, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca