COVID-19: Wanita Tikam 2 Pelanggan Kerana Berebut Antiseptik Di Pasar Raya

Kes jangkitan wabak Koronavirus (COVID-19) semakin bertambah dari hari ke hari. Dengan angka kematian yang sudah mencecah lebih 1,000 orang, tidak hairanlah mengapa masyarakat dunia terutama sekali di China sedaya upaya cuba untuk mempertahankan diri mereka daripada dijangkiti virus berkenaan.

Walau bagaimanapun, satu pertumpahan darah dilaporkan telah berlaku di sebuah pasar raya di republik itu. Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perebutan sebotol antiseptik terakhir yang dijual di premis berkenaan.

Menerusi sebuah rakaman video pendek yang tular di media sosial, seorang wanita dilihat bertindak kejam dengan menikan dua pelanggan lain hanya kerana mahu mendapatkan antiseptik yang sememangnya mendapat permintaan tinggi di China semenjak wabak COVID-19 tercetus.

Dua pelanggan yang ditikam oleh wanita berkenaan di sebuah pasar raya di bandar Wuhan telah dikenal pasti sebagai seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan seorang wanita warga emas berumur 71 tahun.

Menerusi satu kenyataan yang telah dikeluarkan pihak berkuasa, suspek kini berada dalam tahanan polis dan dua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital. Kondisi masing-masing dilaporkan stabil.

Sementara itu, terdapat banyak klip video lain yang tular memaparkan penduduk di China terutama sekali di bandar Wuhan yang dikatakan melakukan pembelian panik sehingga berlaku perebutan dan pergaduhan serius.

Dalam pada itu, wabak COVID-19 kini dilaporkan suda merebak ke 30 buah negara berbeza dengan jumla pesakit melebihi 60,000 orang. 50,000 daripadanya membabitkan rakyat negara China.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca