COVID-19: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Topeng Muka Dengan Menggunakan Bra

Seorang model dari Jepun telah mencuri perhatian warga Twitter selepas dia berkongsi cara untuk membuat topeng muka dengan menggunakan bra dalam menangani wabak COVID-19 yang makin menular. Malah, wanita yang dikenali sebagai Asahina Yumeno itu turut memuat naik fotonya memakai topeng muka tersebut di laman sosial berkenaan.

Semasa artikel ini ditulis, ciapan tersebut berjaya meraih lebih 16,000 ulang kicau dan 70,000 tanda suka.

Menurut Asahina, anda cuma perlukan tiga benda untuk membuat topeng muka itu iaitu bra yang belum digunakan, jarum dan juga benang.

Pertama sekali, anda perlu memotong bra berkenaan kepada dua bahagian. Selepas itu, buang kesemua bahagian cangkuk pada kedua-dua bahagian tersebut.

Akhir sekali, potong tali pada bahagian pertama bra tadi dan jahitkan ia pada bahagian kedua (yang anda mahu jadikan topeng muka). Semudah itu sahaja, anda telah mencipta topeng muka sendiri!

Walau bagaimanapun, keberkesanan topeng muka ini dalam mengelakkan diri daripada dijangkiti apa-apa penyakit termasuklah COVID-19 tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa langkah untuk menghidarkan diri daripada terkena jangkitan COVID-19. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel penuh:

Artikel Lain Untuk Di Baca