COVID-19: Virus Melalui Haiwan Peliharaan Tidak Menjangkiti Manusia

Baru-baru ini, masyarakat gusar mengenai dakwaan kononnya haiwan kesayangan seperti anjing dan kucing mampu menyebarkan wabak COVID-19 kepada manusia.

Pakar Perubatan Veterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Abdul Rahman Omar berkata, kajian yang dilakukan membuktikan COVID-19 adalah sejenis virus yang dipindahkan dari manusia ke manusia.

Katanya, walaupun sebelum ini media melaporkan terdapat beberapa kes kucing dan anjing mendapat jangkitan COVID-19 itu daripada manusia, tetapi haiwan peliharaan yang positif pandemik berkenaan tidak menyebarkan virus tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, virus pada haiwan berada dalam jumlah yang rendah untuk disebarkan kepada manusia. Jadi paling penting kita jangan panik dan jangan bertindak melulu termasuk mengambil tindakan kejam dengan membuang kucing.

Kata beliau, kucing didapati tidak boleh terkena jangkitan COVID-19 secara semula jadi bahkan kucing yang disahkan positif wabak itu juga didapati tidak menyebarkan virus berkenaan.

Semalam, BBC News melaporkan Harimau Malaya betina berusia empat tahun yang ditempatkan di Zoo The Bronx disahkan dijangkiti COVID-19.

Haiwan diberi nama Nadia itu dipercayai mendapat jangkitan virus itu daripada penjaga zoo berkenaan.

Dr Abdul Rahman berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana jangkitan terhadap haiwan berbeza malah harimau yang dikesan positif COVID-19 itu tidak mati serta berkeadaan sihat.

Bagaimanapun, beliau menasihati untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan kebersihan yang baik ketika berinteraksi dengan haiwan peliharaan anda, seperti membasuh tangan sebelum dan selepas menguruskan haiwan kesayangan mereka.

Beliau juga menegaskan agar individu yang disyaki terkena jangkitan wabak berkenaan agar tidak menghampiri binatang kesayangan mereka.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca