COVID-19: Virus Boleh Bertahan Selama 3 Hari Pada Plastik

Sekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) telah melakukan kajian terbaru yang mendedahkan virus COVID-19 mampu bertahan di permukaan udara selama beberapa jam.

Portal berita Awani melaporkan virus itu turut dikesan bertahan selama dua hingga tiga hari pada plastik dan keluli tahan karat selain mencecah sehingga 24 jam pada kadbod. 

Kertas kajian oleh sekumpulan ahli sains dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Universiti California, Los Angeles dan Princeton itu diterbitkan dalam New England Journal of Medicine (NEJM).

Kajian itu turut mendedahkan virus COVID-19 mempunyai tahap yang sama  ketika berada di luar tubuh, seperti yang berlaku ketika jangkitan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Walau bagaimanapun, transmisi virus yang tidak menunjukkan banyak simptom ini menjadikan jangkitan COVID-19 lebih serius berbanding SARS yang melanda dunia pada 2002 hingga 2003. 

Virus SARS disebarkan secara meluas oleh titisan pernafasan dan dalam bentuk ini, ia hanya bertahan selama beberapa saat selepas seseorang batuk atau bersin.

Kajian berkenaan adalah untuk melihat bagaimana penyebaran jangkitan COVID-19 berlaku melalui batuk dan sentuhan membabitkan peralatan di rumah dan hospital selain jangka hayat virus itu sendiri.

COVID-19 sehingga Selasa, 17 Mac telah membunuh 6,442 orang dengan 181,556 orang di seluruh dunia dijangkiti virus itu.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca