COVID-19: Virus Akan Kekal Di Paru-Paru Pesakit Walaupun Sudah Meninggal Dunia

Hari demi hari semakin bertambah jumlah kematian akibat wabak COVID-19 di Malaysia. Terkini, jumlah kematian telah dicatatkan sebanyak 17 orang.

Di Beijing, sebuah kumpulan penyelidik menjalankan bedah siasat ke atas 29 mayat pesakit koronavirus (COVID-19) dan mendapati virus itu tetap berada di paru-paru mangsa walaupun selepas meninggal dunia.

Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Universiti Pertama Peking, Wan Guiqiang, berkata, bedah siasat itu turut menunjukkan kerosakan teruk ke atas sistem kekebalan pesakit terhadap penyakit yang mungkin menjadi faktor penting kepada kematian mereka.

Wang menambah, jangkitan itu bukan hanya menyebabkan perubahan patalogi teruk pada paru-paru pesakit, tetapi turut merosakkan salur bronkial kecil yang mengakibatkan penghidap penyakit lebih sukar bernafas.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai COVID-19, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca