COVID-19: UAE Benarkan Rakyat Kahwin Secara ‘Online’

Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) melancarkan perkhidmatan perkahwinan dalam talian (online) yang membolehkan pasangan meneruskan perkahwinan walaupun dalam sekatan pergerakan.

Kementerian Keadilan UAE menyatakan bahawa pasangan raja sehari itu hanya perlu log masuk ke laman web tertentu untuk mengemukakan dokumen dan seterusnya memilih jurunikah pilihan mereka sendiri.

Selepas semua dokumen berkaitan diluluskan, tarikh untuk majlis perkahwinan dalam talian itu akan ditetapkan dan seterusnya dikendalikan menerusi satu sidang video.

Menerusi prosedur itu, jurunikah akan mengesahkan identiti pasangan tersebut terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kontrak perkahwinan.

two gold-colored rings on paper

Selepas menerima tandatangan digital daripada pasangan suami isteri tersebut, pegawai nikah akan memfailkan semua dokumen yang diperlukan oleh mahkamah untuk mengesahkan perkahwinan berkenaan.

Sementara itu, perkhidmatan perkahwinan dalam talian ini termasuk pelaksanaan perkahwinan jarak jauh di mana pihak yang terlibat bersama pasangan dan tetamu lain boleh berkomunikasi dalam satu masa.

Namun, apa yang lebih menarik adalah ia tidak memerlukan semua pihak untuk terlibat secara langsung pada masa yang sama.

Sebagai inisiatif untuk membendung penularan COVID-19, pihak kerajaan melancarkan perkhidmatan perkahwinan ini untuk mengelakkan sebarang kontak rapat dan sekali gus memastikan rakyat mematuhi langkah penjarakan sosial.

Pada pendapat anda, adakah perkhidmatan perkahwinan dalam talian ini boleh membendung penularan COVID-19? Apa-apa pun, patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan untuk kebaikan semua pihak.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan inisiatif pihak kerajaan dalam membendung penularan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca