COVID-19: Tzuyu Twice Dikuarantin Selepas Melawat Keluarga

Seorang ahli kumpulan Twice, Tzuyu telah diperintahkan untuk dikuarantin. Tindakan ini diambil selepas beliau melawat rumah keluarganya di negara Taiwan.

Sumber; Instagram Tzuyu

Tzuyu telah diarahkan oleh pihak kerajaan Taiwan untuk dikuarantin selama 14 hari. Proses ini dilaksanakan dekat kediamannya. Beliau telah tiba di sana sejak 3 Mac 2020 untuk melawat ibu bapanya.

Merujuk ibunya, beliau kecewa kerana terpaksa berkurung di rumah selama dua minggu. Bagaimanapun, arahan kerajaan harus diikuti untuk kebaikan semua pihak. Tzuyu menjadikan proses kuarantin ini sebagai pencutian dan merehatkan diri buat sementara.

Sumber; Instagram Tzuyu

Tzuyu antara anggota kumpulan Twice yang popular dengan lagu Fancy dan Feel Special. Tzuyu pernah dikecam hebat oleh warga China kerana memberi bantuan derma kepada Korea Selatan untuk membasmi wabak COVID-19.

Namun kemudian beliau berjaya mendiamkan para pengkritik selepas membantu sukarelawa China. Wabak COVID-19 kini menjadi ancaman di seluruh negara termasuk di negara Malaysia. Sentiasa berwaspada dan mengikuti saranan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk membaca artikel lain berkaitan dengan COVID-19, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca