COVID-19: Trend ‘Wuhan Shake’ Curi Perhatian Warganet

Dalam keadaan kecemasan di seluruh dunia oleh kerana peningkatan jumlah manusia yang dijangkiti wabak koronavirus atau COVID-19 ini, sesetengah individu cuba untuk mencari jalan untuk mengelakkan diri mereka daripada terdedah kepada virus ini melalui sentuhan.

Satu rakaman telah tular di Twitter menunjukkan warga cina itu ‘salam’ rakannya dengan menyentuh menggunakan kaki. Rakaman video itu asalnya dikongsi menerusi Weibo yang merupakan laman sosial paling terkenal di negara itu.

Hal ini menunjukkan perspektif yang positif kepada orang ramai supaya tidak sentiasa dalam keadaan panik dan murung kerana masalah yang sedang melanda dunia sekarang.

Untuk rekod, jumlah mangsa korban di China telah melebihi 3,000 orang. Penyebaran virus ini juga telah tersebar sehingga ke 80 negara dan menjangkiti lebih 10,000 mangsa di seluruh dunia.

Pihak Kementerian Kesihatan di Malaysia menasihati orang ramai supaya menjaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan, menggunakan penutup mulut dan elak daripada mengunjungi kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Selain itu, jika anda mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, anda boleh dapatkan nasihat kesihatan menerusi portal yang telah dikongsikan di laman rasmi Kementerian Kesihatan.

Untuk membaca artikel lain berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca