COVID-19: Situasi Di Beijing Sangat Teruk

Situasi COVID-19 di Beijing adalah sangat teruk menurut seorang pegawai bandar itu. Ini susulan terdapat 27 kes jangkitan baharu dilaporkan di ibu kota China berpunca daripada kluster yang kemudian mencetuskan program jejak dan ujian yang besar.

Kemunculan semula kes baharu ini dipercayai bermula di pasar borong makanan besar di bandar itu. Sekali gus, ia mencetuskan penggera selepas China berjaya mengawal wabak itu melalui ujian besar-besaran dan perintah berkurung ‘drakonian’ pada awal tahun ini.

Selepas lima hari, kes baharu jangkitan COVID-19 di Beijing meningkat kepada 105 kes. Hal ini memaksa pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung di hampir 30 komuniti di bandar dan menjalankan ujian ke atas berpuluh ribu orang.

Pada bulan lalu, China melonggarkan sebahagian besar langkah anti COVID-19 dengan kerajaan mengisytiharkan kemenangan terhadap penyakit itu yang muncul di Wuhan pada hujung tahun lalu.

“Situasi epidemik di ibu kota ini sangat teruk,” kata jurucakap bandar Beijing, Xu Hejian yang memberi amaran pada sidang media.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyuarakan kebimbangan terhadap kluster berkenaan.

Menurut jurucakap bandar itu, mereka akan menjalankan ujian terhadap pemilik gerai dan pengurus di semua pasar makanan, restoran serta kantin kerajaan.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, kapasiti ujian diperluaskan kepada 90,000 sehari.

Pengurus rantaian kedai runcit Shuguoyan, Zhao Honglei, berkata sebanyak 13 kakitangannya telah diuji negatif.

Tambah beliau, pelanggannya kelihatan yakin dengan ujian yang dijalankan. Pesanan dalam talian juga mengalami peningkatan sepuluh kali ganda sejak kebelakangan ini.

Hal ini demikian kerana, orang awam bimbang dengan keadaan sesak di premis dan takut dijangkiti.

Semalam, proses nyah cemar telah dijalankan di 276 pasar pertanian dan 33,000 premis makanan dan minuman selain 11 pasar ditutup.

Selain itu, pihak berkuasa juga telah mengumumkan perintah berkurung di tujuh lagi kawasan perumahan.

Sejak 30 Mei lalu, terdapat 200,000 orang mengunjungi pasar Xinfandi yang membekalkan lebih 70 peratus buah dan sayur di Beijing.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca