COVID-19: Siapa Patut Hidup Dan Sebaliknya, Doktor Di Itali Dedah Mimpi Ngeri ‘Frontliners’

Seorang doktor di Itali yang menjadi frontliner ketika penyakit Koronavirus baharu (COVID-19) mendedahkan keputusan mustahil yakni memilih pesakit wabak manakah yang harus hidup atau sebaliknya.

Dr. Michele Boldrini, 33, berkata, beberapa warga Itali kini meninggal dunia seorang diri susulan hospital di negara itu yang kekurangan katil dan bekalan oksigen.

Menerusi temu bual sama, Dr. Boldrini yang bekerja di bahagian kecemasan di San Carlo Borromeo Hospital berkata, dia tidak pernah berdepan dengan situasi sukar seperti ini dalam kadar yang terlalu kerap.

Tambah doktor yang sudah berkhidmat selama 12 tahun itu, setiap hari dia terpaksa ‘melepaskan’ pesakit susulan penularan wabak COVID-19 di negara itu semakin teruk.

“Saya masih menghabiskan masa saya membuat keputusan pesakit manakah yang layak untuk dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), siapa yang harus saya ‘lepaskan’ dan siapa yang wajar dirawat menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Ujar Dr. Boldrini, dalam masa satu hari sahaja dia boleh mendiagnos beberapa pesakit dengan penyakit pheumonia yang teruk.

“Selalunya, pesakit yang didiagnos dengan pneumonia teruk akan datang ke hospital kira-kira empat kali dalam setahun,” katanya lagi.

Menurutnya, pihak hospital sememangnya kekurangan bekalan perubatan untuk merawat pesakit wabak COVID-19 yang saban hari semakin ramai bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.

“Jika keadaan ini berterusan, lebih banyak kematian akan berlaku kerana katil hospital dan tangki oksigen tidak cukup untuk semua orang.”

Kini, hanya pesakit yang mempunyai demam tinggi dan memerlukan bantuan pernafasan sahaja yang dirawat di hospital di Itali.

Setakat ini, angka kematian di negara itu akibat wabak COVID-19 sudah mencecah 6,820, manakala kira-kira 69,000 yang lain sudah dijangkiti.

Menurut Dr. Boldrini lagi, ramai fronliners sepertinya berdepan dilema moral yang tinggi ketika merawat pesakit COVID-19 yang berstatus warga emas.

“Saban hari, kami (frontliners) harus membuat keputusan sama ada untuk menggunakan sumber yang ada bagi merawat mereka berdasarkan prognosis dan kesihatan mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang paderi warga Itali dilaporkan telah meninggal dunia akibat wabak Koronavirus baharu (COVID-19) setelah dia memberikan alat bantuan pernafasannya kepada seorang pesakit lain yang lebih muda.

Difahamkan, paderi Giuseppe Berardelli, 72, menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah hospital di Lovere, Bergamo pada malam Isnin selepas dia memberikan alat bantuan pernafasannya kepada pesakit lain yang tidak dikenalinya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19 di Itali, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca