Seorang lagi doktor telah menjadi korban wabak COVID-19 selepas dipercayai dijangkiti virus berkenaan semasa sedang merawat pesakit-pesakitnya.
Menurut sumber, Dr. Mei ZhongMing, 57, disahkan telah meninggal dunia semalam (Selasa) akibat dijangkiti virus berkenaan.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengarah di Jabatan Optomologi hospital tersebut, merupakan rakan seperjuangan Dr. Li Wenliang, salah seorang daripada lapan individu yang cuba memberi amaran mengenai wabak virus tersebut yang setakat ini telah meragut nyawa seramai lebih daripada 3,100 orang dan menjangkiti lebih daripada 90,000 orang.
Menurut sumber juga, Dr. Mei disifatkan sebagai seorang yang baik, sabar dan bertanggungjawab.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah: