COVID-19: Seorang Doktor Perubatan Merupakan Korban Ke-9

Seorang kakitangan perubatan pertama di Kangar, Perlis telah meninggal dunia akibat wabak COVID-19 seterusnya menjadikan kematian kini meningkat kepada sembilan orang.

Bagaimanapun, doktor berusia 48 tahun itu mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki itu disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac setelah keadaan kesihatan beliau merudum.

Namun, beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 10.33 pagi, 22 Mac 2020.

Dr Noor Hisham berkata, beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection dan disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac. Beliau diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merosot.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa kes jangkitan COVID-19 itu disyaki bukan dalam kalangan petugas barisan hadapan (frontliners) mahupun rakan kerja yang berhadapan dengan pesakit dijangkiti virus itu. Namun, ia berkait rapat dengan sejarah perjalanan ke luar negara.

Kami daripada pihak Lejen Digital ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca