COVID-19: Senator AS Dakwa China Tipu Punca Penularan

Tatkala angka kematian akibat Koronavirus (COVID-19) di China sudah melepasi angka 1,700 orang, republik berkenaan dituduh terus melindungi punca sebenar penularan wabak yang dikatakan bermula di sebuah pasar makanan laut di Wuhan.

Menerusi satu temubual yang dipaparkan di saluran Fox News, Tom Cotton yakni Senator Amerika Syarikat menegaskan kerajaan China telah menipu sejak dahulu dan perkara berkenaan masih berlanjutan sehingga ke hari ini.

“Situasi ini bertambah buruk kerana China telah menipu sedari awal sehingga ke hari ini. Terlalu banyak perkara yang tidak diketahui mengenai virus berkenaan seperti berapa ramai individu yang boleh dijangkiti sekiranya salah seorang adalah pembawa wabak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Senator Amerika Syarikat itu juga menyoal kewujudan sebuah makmal bio-keselamatan di Wuhan iaitu bandar yang dipercayai permulaan kepada penyebaran virus berbahaya terbabit.

Tom Cotton mendakwa virus yang kini sudah meragut lebih 1,700 nyawa dan menjangkiti kira-kira 700,000 yang lain berpunca di sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak hanya beberapa batu dari pasar makanan laut berkenaan.

Menurutnya, virus berkenaan tidak berasal dari pasar di Wuhan susulan pakar epidemiologi China yang menjalankan kajian mendapati kes asal jangkitan virus berkenaan tidak mempunyai hubungan dengan makanan di pasar berkenaan, sebaliknya ia dibawa ke lokasi itu.

“Kita tidak mempunyai bukti berkenaan penyakit ini bermula di situ, namun ketidakjujuran China sejak mula perlu dipersoalkan,” katanya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca