COVID-19: Sekolah Menengah Di Korea Selatan Mula Dibuka

Sekolah menengah dibuka semula di Korea Selatan mulai hari ini setelah permulaan semester musim bunga telah tertangguh beberapa kali sejak Mac lalu ekoran negara itu bergelut memerangi wabak COVID-19.

Pelajar senior hadir ke sekolah untuk pertama kalinya tahun ini dengan memakai topeng ke kelas dan mengikut prosedur ketat bagi mencegah penyebaran wabak itu, lapor Reuters.

Kedatangan mereka disambut oleh para guru yang dilihat menunggu di pagar sekolah dengan termometer dan cecair pensanitasi tangan. Ia merupakan satu prosedur yang perlu dipatuhi.

Sebelum ini, negara itu telah melaksanakan kelas dalam talian susulan penularan wabak tersebut.

Berikutan kes jangkitan COVID-19 semakin menurun setiap hari selepas kemuncaknya pada Februari, kerajaan Korea Selatan bertindak membuka sekolah di bawah garis panduan kesihatan baharu.

Antara garis panduan yang perlu diikuti ialah pelajar dan guru mesti memakai topeng kecuali pada waktu makan dan diminta untuk kerap membersihkan meja mereka. Tingkap akan dibuka untuk meningkatkan aliran udara, dan meja perlu berjarak sekurang-kurangnya 1 meter.

Korea Selatan mengumumkan perancangan untuk membuka semula sekolah rendah dan menengah secara berperingkat bermula hari ini hingga 1 Jun untuk semua 5.5 juta pelajarnya.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca