COVID-19: Rumah Perlindungan Dipenuhi Pesakit, Gelandangan Terpaksa Tidur Di Lot Parkir

Berikutan wabak COVID-19 yang kian meningkat dari hari ke hari sangat membimbangkan buat semua penduduk di seluruh negara.

Baru-baru ini, gelandangan di Las Vegas terpaksa tidur di tempat letak kereta susulan rumah perlindungan untuk golongan itu telah digunakan untuk menempatkan pesakit COVID-19.

Isu itu telah mencetuskan pelbagai kritikan daripada banyak pihak walaupun pihak berkuasa sudah menjelaskan bahawa tindakan itu diambil sebagai langkah untuk berdepan dengan situasi kecemasan akibat penularan wabak COVID-19.

Pihak berkuasa Las Vegas memerlukan tambahan ruang tempat tidur untuk gelandangan apabila 500 buah katil di rumah perlindungan itu telah digunakan untuk pesakit COVID-19.

Susulan itu, pihak pentadbiran bandar telah mengubahsuai tempat letak kenderaan sebagai tempat tidur sementara buat gelandangan dengan setiap seorang telah dijarakkan semeter antara satu sama lain.

Bagaimanapun, tindakan sesetengah gelandangan yang tidur pada kedudukan rapat telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat yang meluahkannya di media sosial.

Pihak berkuasa bandar Las Vegas, Jace Radke, berkata lokasi itu bertempat di luar Pusat Cashman yang menjadi venue sukan di bandar itu.

Isu gelandangan terus menjadi krisis di selatan Nevada di mana sekurang-kurangnya 6,500 memenuhi jalan raya.

Kata Radke, Pusat Kebajikan Khatolik yang menjadi lokasi penempatan gelandangan itu dijangka dibuka semula dalam masa seminggu.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai COVID-19, klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca