COVID-19: Protes Di Serata Dunia Bantah Pelaksanaan Perintah Berkurung

Protes tercetus di banyak lokasi di serata dunia yang menggesa kerajaan negara mereka membuka kembali ekonomi. Perkara ini kerana, arahan tinggal di rumah memberikan kesan yang besar kepada pendapatan dan juga ekonomi di pelbagai negara.

Di Brazil, penyokong Presiden Jair Bolsonaro mecetuskan protes terhadap arahan kerajaan tempatan yang ketat sebagai usaha untuk kurangkan penularan COVID-19.

Protes dilakukan bagi menentang arahan tinggal di rumah oleh gabenor negeri Rio. Penunjuk perasaan inginkan arahan tinggal di rumah hanya diwajibkan kepada kumpulan yang berisiko tinggi terutama warga emas.

Perkara utama yang mereka ketengahkan adalah kesan arahan yang lebih ketat ini terhadap kepada ekonomi dan pekerjaan mereka. Penunjuk perasaan turut mengadakan demonstrasi di Sao Paulo menentang arahan yang sama dilakukan oleh gabenor negeri itu.

Terdahulu, Presiden Brazil memecat Menteri Kesihatan negara itu selepas gagal capai kata sepakat tentang langkah kawal penularan COVID-19.

Menteri Kesihatan baharu menyatakan bahawa beliau akan berusaha keras untuk kedua-dua kepentingan iaitu ekonomi dan juga kesihatan.

Di Soacha, Colombia pula, satu protes diadakan untuk menentang arahan tinggal di rumah yang dikatakan terlalu ketat.

Penduduk di bandar itu mendakwa arahan tinggal di rumah antara 4 petang dan 4 pagi menyukarkan penduduk untuk mendapat hasil pendapatan. Arahan terbaharu ini akan berkuat kuasa selama tiga hari.

Menurut peniaga di situ, arahan itu tidak berlaku secara adil dan bantuan yang dijanjikan oleh kerajaan masih belum tiba.

Sementara itu, di Texas, Amerika Syarikat, tunjuk perasaan turut diadakan di bangunan capitol di Austin.

Penunjuk perasaan ingin ekonomi mula dibuka secepat yang mungkin. Protes sama turut diadakan di seluruh negara itu oleh penyokong Presiden Donald Trump.

Protes di Texas dianjurkan syarikat yang dimiliki peminat teori konspirasi Alex Jones. Penunjuk perasaan tetap adakan protes di Austin ini walaupun gabenor Texas telah mengumumkan akan buka sesetengah aktiviti ekonomi secara berperingkat di negeri itu bermula 27 April.

Di Indianapolis, Indiana juga berlakunya protes yang menujukkan penunjuk perasaan turut inginkan aktiviti ekonomi di negeri tersebut dibuka semula. Sebelum ini, Gabenor Eric Holcomb melanjutkan arahan tinggal di rumah hingga 1 Mei.

Penunjuk perasaan turut membawa sepanduk mendakwa angka kematian yang dicatatkan adalah satu penipuan dan mereka inginkan kebebasan. Mereka turut mendakwa pengarah Institut Kebangsaan Amerika untuk Penyakit Berjangkit, Dr. Anthony Fauci adalah salah.

Diharapkan kejadian protes sebegini tidak berlaku di Malaysia. Rakyat perlu memahami situasi ini dengan baik supaya setiap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dapat dipatuhi. Arahan seperti Perintah Kawalan Pergerakan merupakan sebagai salah satu usaha untuk menghentikan rantaian penyebaran wabak ini dan diharapkan penularan COVID-19 ini akan berakhir dengan segera.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan dengan lockdown, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca