COVID-19: Polis Di India Pakai Topi Keledar Berbentuk Virus Untuk Beri Kesedaran

Terdapat pelbagai cara dan gaya pihak berkuasa cuba lakukan untuk memastikan orang ramai kekal duduk di dalam rumah ketika negara berdepan krisis COVID-19.

Negara India antara yang menjadi perhatian dunia ketika ini kerana penguatkuasanya dilaporkan sangat tegas dengan perintah berkurung yang dilaksanakan di negara itu.

Seorang pegawai polis di Chennai, India telah menemui cara yang kreatif untuk meminta orang ramai agar tidak keluar rumah sepanjang tempoh ‘lockdown’ di negara tersebut.

Menurut laporan, polis berkenaan dikenali sebagai Rajesh Babu.

Rajesh memakai helmet atau topi keledar berbentuk seakan-akan imej mikroskopik virus COVID-19 yang dibuat khas sewaktu menjalankan operasi sekatan jalan raya.

Menurutnya lagi, topi keledar itu direka oleh artis tempatan iaitu B. Gowtham yang berpengkalan di Chennai.

“Saya memang rancang untuk lakukan sesuatu yang unik ketika hari ke-21 perintah berkurung selepas mendapati orang ramai masih tidak duduk di dalam rumah. Alasannya, mereka tak nampak virus tersebut.

“Jadi saya pakai topi keledar berbentuk virus ini supaya orang tahu wabak ini akan datang ke arah mereka, sekaligus membuatkan orang ramai takut dengan COVID-19,” katanya.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca