COVID-19: Petani Dibalun 15 Kali Lepas Suruh Pendaki Pulang Ke Rumah

Seorang petani dikatakan telah ditumbuk sebanyak 15 kali dan ditendang di bahagian rusuk selepas dia meminta pendaki di Peak District untuk pulang ke rumah ketika perintah lockdown dijalankan susulan penularan wabak Koronavirus baharu (COVID-19).

Menurut Derbyshire Police, mangsa yang berasal dari Edale yakni sebuah perkampungan di England menjadi trauma selepas diserang ketika dia sedang menyahjangkit pagar ladangnya kira-kira jam 9.45 pagi ekoran terlalu ramai pendaki lain melaluinya.

Susulan daripada kejadian itu, pihak berkuasa tempatan telah meminta orang ramai untuk tidak melawat Peak District dan tinggal di rumah.

“Kami tahu negara ini mempunyai tanah yang luas dan cuaca yang baik. Namun, sekarang bukanla masa yang sesuai untuk menikmatinya,” katanya.

Dalam pada itu, satu mesej telah dimuat naik ke laman sosial Facebook yang mewakili petani yang diserang dalam kejadian itu.

“Saya adalah seorang petani di Edale. Saya keluar rumah pada jam 9 pagi untuk memberi makan kepada kambing peliharaan saya. Kemudian, saya pergi menyembur cecair penyahjangkit pada pagar kerena ratusan orang melaluinya semalam.

“Seorang lelaki yang sedang melaluinya memberi saya satu pandangan aneh dan saya memberitahunya sudah terlalu ramai orang di sini sebelum memintanya untuk pulang ke rumah. Ketika itulah saya diserang dan ditumbuk sebanyak 15 kali.” katanya.

Menerusi hantaran sama, petani itu juga meminta orang ramai untuk membiarkan dia dan keluarganya bersendirian dan tidak datang lagi ke Peak District buat masa ini.

Menurut laporan polis, petani berkenaan walau bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan serius.

“Suspek yang membelasah petani itu sudah dikenal pasti sebagai seorang lelaki berkulit putih dan berusia kira-kira 40 tahun. Tertuduh juga mempunyai rambut berwarna cerah dan memakai kaca mata,” ujar pihak berkuasa tempatan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca