COVID-19: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 Ditangguhkan

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac hingga 5 April 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) terpaksa ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Induk PBAKL, Mohd Khair Ngadiron, Jawatankuasa Penganjur telah sebulat suara memutuskan untuk menangguhkan pesta buku ini berikutan penularan wabak Covid-19.

Walau bagaimanapun, PBAKL 2020 dalam talian (online) akan dilancarkan dan berlangsung pada tarikh yang sama iaitu pada 27 Mac hingga 5 April 2020.

Untuk pengetahuan, sebelum ini beberapa pesta buku antarabangsa turut ditangguhkan serta dibatalkan antaranya Pesta Buku Kanak-Kanak Bologna Ke-57 dan Pesta Buku London.

Untuk membaca artikel lain berkaitan PBAKL 2020, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca