COVID-19: Pesakit Terbaring Di Koridor Hospital Sepanyol

Satu rakaman video mamaparkan pesakit positif wabak Koronavirus baharu (COVID-19) yang batuk tidak berhenti terlantar di koridor sebuah hospital di Sepanyol menjadi tular di internet sehingga mendatangkan kegusaran orang ramai.

Selain itu, rakaman terbabit turut menunjukkan pesakit lain berbaring di atas lantai dengan tangki oksigen disambungkan kepada mereka sambil dibantu pihak perubatan.

Kejadian menakutkan itu dilaporkan dirakan di Infanta Leonor Hospotal dan Severo Ochoa de Leganes Hospital dekat Madrid, Sepanyol.

Difahamkan, tujuan sebenar rakaman video terbabit di muat naik ke internet adalah untuk mengingatkan warga dunia supaya menuruti arahan social distancing yang dilakukan beberapa negara di seluruh dunia.

Setakat hari ini, angka kematian di Sepanyol akibat wabak COVID-19 melonjak ke 2,000 orang manakala 33,089 yang lain disahkan sudah dijangkiti virus sama.

Daripada 2,000 orang yang meninggal dunia, wilayah Madrid merupakan daerah yang mencatatkan kes kematian paling tinggi.

Kini, negara Sepanyol berdepan risiko dimana mereka berkemungkinan menjadi pusat wabak COVID-19 yang baharu di Eropah susulan penurunan angka kematian di Itali baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Sepanyol Carmen Calvo merupakan antara figura penting negara yang kini sedang menunggu hasil keputusan ujian. Difahamkan, beliau dibawa ke hospital selepas mengalami jangkitan pada saluran pernafasannya Ahad lalu.

Menurut laporan surat khabar tempatan, El Mundo, Severo Ochoa de Leganes Hospital kini sudah tidak menerima pesakit baru susulan mereka sudah berada pada tahap kapasiti maksimum.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil General Union of Workers, Javier Garcia, keadaan di hospital berkenaan sangatlah teruk.

“Wad kecemasan sudah melebihi tiga kali kapasiti yang sepatutnya. Tidak cukup dengan itu, terdapat pesakit yang tidak mempunyai katil dan terpaksa duduk di atas kerusi plastik lebih daripada 30 jam,” katanya.

Menurut Mercedes yakni wakit Workers’ Commissions Union pula berkata pada pagi Jumaat sahaja, mereka sudah menerima sebanyak 240 pesakit di dalam wad kecemasan.

“Kapasiti yang sepatutnya untuk wad kecemasan adalah 80 pesakit sahaja,” jelasnya.

Wilayah Madrid di Sepanyol merupakan daerah paling terjejas dek wabak COVID-19. Sebanyak 10,575 kes sudah dilaporkan dan 1,263 individu terkorban.

Lebih menyedihkan apabila dianggarkan seramai 3,910 pekerja kesihatan sudah disahkan positif wabak Covid-19.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca