COVID-19: Pesakit Dikesan Akan Berhenti Sebarkan Virus Selepas 11 Hari

Para saintis mendapati bahawa pesakit COVID-19 tidak akan menjangkiti orang lain selepas tempoh 11 hari walaupun masih aktif wabak itu.

Hasil kajian yang dilakukan di Singapura mengatakan, individu yang dijangkiti boleh menyebarkan virus itu lebih kurang dua hari sebelum menunjukkan sebarang tanda.

Pesakit COVID-19 kemudian akan mula menyebarkan virus dalam tempoh tujuh hingga sepuluh hari selepas menunjukkan simptom-simptom jangkitan termasuk demam dengan suhu tinggi diikuti batuk berterusan.

Virus tersebut tidak akan tersebar selepas 11 hari pesakit dijangkiti. Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah para saintis dari Pusat Nasional Penyakit Berjangkit dan Akademi Perubatan Singapura mengkaji 73 pesakit COVID-19 di sana.

Difahamkan, perkara ini adalah kerana replikasi virus aktif itu turun dengan cepat selepas seminggu dan virus tidak dijumpai lagi selepas minggu kedua.

Para saintis berharap kajian mereka mengenai kemampuan penyebaran penyakit ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak hospital mengetahui waktu yang tepat untuk mengizinkan pesakit discaj dan pulang ke rumah.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca