COVID-19: Perdana Menteri UK Dipindahkan Ke Unit Rawatan Rapi

Terdahulu pada 27 Mac, Perdana Menteri United Kingdom (UK) telah disahkan positif COVID-19. Perkara itu diakui sendiri oleh Johnson dalam satu perkongsian video di akaun Twitternya.

Laporan terbaru kini mendapati beliau telah dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas simptom jangkitan COVID-19 menjadi semakin teruk.

Menerusi jurucakap Downing Street dalam satu kenyataan, di atas nasihat pasukan perubatannya beliau kini dipindahkan untuk menerima rawatan terbaik.

“Perdana Menteri kini di bawah jagaan para doktor di Hospital St Thomas di London selepas dimasukkan ke wad dengan simptom koronavirus yang berterusan.

Sepanjang tengah hari Isnin, keadaan perdana menteri semakin membimbangkan dan atas nasihat pasukan perubatan, beliau telah dipindahkan ke unit rawatan rapi di hospital tersebut.

Beliau sedang menerima jagaan terbaik, dan terima kasih diucapkan kepada semua staf perubatan atas kerja keras dan dedikasi mereka,” tulis kenyataan itu.

Untuk rekod, United Kingdom kini mempunyai sebanyak 51,608 kes positif COVID-19 dan 5,373 mangsa korban.

Rakyat dinasihati untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri sepanjang berada di rumah. Selain itu, anda juga perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk membantu membendung COVID-19.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca