COVID-19: Penyanyi Opera Dari Paris Hiburkan Jiran Ketika Perintah Berkurung

Seorang penyanyi opera dari Paris iaitu Stephane Senechal membuat ‘persembahan’ dari balkoni rumahnya setiap hari. Perkara itu bagi menaikkan semangat jirannya ketika semua pihak terpaksa melalui perintah berkurung dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Dia mengambil inisiatif itu untuk menghiburkan jirannya setiap hari pada jam 7 malam dalam usaha menggalakkan jirannya kekal di rumah ketika perintah berkurung dikuatkuasakan sejak dua minggu lalu.

“Saya bukan seorang doktor, pun bukanlah seorang wira. Saya juga bukan seorang kakitangan hospital.

“Yang saya tahu adalah bagaimana untuk menyanyi. Saya cuba untuk bawa keriangan,” kata penyanyi opera itu.

Penyanyi opera yang berusia 43 tahun itu mula membuat ‘persembahan’ di balkoni rumahnya sejak kerajaan Perancis mengumumkan perintah berkurung 17 Mac lalu.

Pada waktu itu, dia mencari cara bagaimana untuk menghiburkan dan memberi sokongan moral kepada jiran sekelilingnya yang rata-rata adalah warga emas.

Pada Rabu lalu, Senechal mendendangkan lagu popular ‘Somewhere’ dan dia mendedikasikan lagu itu kepada kakitangan kesihatan seluruh dunia selaku barisan hadapan melawan COVID-19.

Pihak kesihatan Perancis melaporkan sebanyak 231 kes kematian baharu akibat COVID-19 dicatatkan pada Rabu lalu dan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara itu sebanyak 1,331 kes.

Di Malaysia, kita perlu menguruskan masa lapang yang terluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan baik. Semoga kita dapat membendung gejala COVID-19 ini dengan segera dan tempoh PKP akan ditamatkan.

Untuk baca artikel lain berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca