COVID-19: Pengerusi UDA Holdings Berhad Disahkan Positif

Pengerusi UDA Holdings Berhad iaitu Datuk Hisham Hamdan dilaporkan positif Covid-19.

Datuk Hisham dikatakan telah menghadiri sebuah Majlis Apresiasi pada 27 Februari yang lalu di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur.

Dalam notis dalaman yang dikeluarkan UDA, syarikat itu menasihati individu yang berhubung secara langsung dengan beliau supaya menjalani pemeriksaan di klinik atau hospital. Lebih-lebih lagi yang mengalami simptom demam panas, sakit tekak dan simptom-simptom lain.

Mereka juga diminta tidak mendedahkan diri dengan orang lain. Dalam notis berkenaan turut meminta semua pihak bertenang dalam menghadapi situasi tersebut.

Untuk baca artikel lain berkenaan Covid-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca