COVID-19: Pelanggan Berdiri Pada Jarak 1.5 Meter Antara Satu Sama Lain Demi ‘Bubble Tea’

Demi mendapatkan bubble tea, orang ramai sanggup beratur sepanjang 100 meter selepas sebuah kedai menjual minuman terkenal di bandar Changsha, Hunan dibuka semula pada 23 Februari lalu susulan ancaman wabak Koronavirus (COVID-19) di China.

Menurut laporan media tempatan, premis yang tidak didedahkan namanya itu walau bagaimanapun, telah menetapkan satu peraturan unik di mana para pelanggannya harus berdiri pada jarak 1.5 meter antara satu sama lain sebagai cara untuk mengelakkan wabak membawa maut terbabit tersebar.

“Masa menunggu juga dilaporkan berlarutan selama satu sehingga dua jam. Namun, para pelanggan dilihat sanggup berdiri lama bagi mendapatkan minuman sensasi itu,” jelas laporan terbabit.

Kedai bubble tea berkenaan turut menampal garisan pada jalan yang tertera arahan meminta pelanggan memakai penutup mulut dan hidung serta beratur di belakang garisan kuning.

Laporan lanjut turut mendedahkan pekerja premis minuman itu akan melakukan pemeriksaan suhu tubuh pelanggan yang tiba di barisan paling hadapan dan memberikan pensanitasi tangan sebelum membenarkan mereka membuat pesanan.

Dalam pada itu, wilayah Hunan yang terletak bersebelahan Wuhan merupakan antara daerah yang terjejas teruk akibat wabak Kornavirus (COVID-19).

Pada awal Februari lalu, wilayah Hunan turut dilaporkan dibadai wabak selesema burung H5N1.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak Koronavirus (COVID-19), sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca