COVID-19: Pelajar Dibelasah Orang Awam Di London

Wabak Coronavirus (COVID-19) menjadi kegelisahan kepada masyarakat. Lantas menyebabkan sesetengah orang awam bertindak di luar kawalan apabila terserempak dengan warganegara yang berasal dari negara yang terjejas dengan COVID-19.

Perkara ini terjadi kepada Jonathan Mok, seorang pelajar dari Singapura yang dibelasah oleh beberapa orang awam di kota London, England. Dia dipukul dan dihina dengan ayat-ayat yang berbaur perkauman ketika bersiar-siar di Oxford Street.

Sumber: Standard UK

Kecewa dengan tindakan tersebut, Jonathan Mok telah memuat naik satu posting di Facebook miliknya. Dia berkongsikan beberapa gambar yang menunjukkan kecederaan teruk yang dialaminya.

Kejadian ini bukanlah kali pertama terjadi kepada Jonathan Mok. Sebelum ini, dia telah beberapa kali berdepan dengan serangan berbentuk perkauman gara-gara disangka mempunyai kaitan dengan wabak COVID-19.

Untuk membaca artikel lain berkaitan dengan COVID-19, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca